Tuesday, August 24, 2010

Meniti Cahaya Ramadan

Bulan Ramadan yang di lalui seluruh umat Islam telah pun masuk ke hari yang ke-15. Corong-corong radio pun telah mula memainkan lagu-lagu raya. Suasana di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong tidak kurang hebatnya juga. Hari ini sebahagian kaum-kaum wanita bergotong royong memotong pandan untuk di buat bunga rampai untuk majlis Tadarus Al-Quran sempena Nuzul Quran. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong pada 3 September 2010.

Pada minggu depan juga akan diadakan majlis berbuka puasa Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong dan jugak acara gotong-royong memasak bubur lambok. Info mengenai program ini akan di war-warkan kelak.

Pihak editor blog BKS PDT Bentong ingin memohon maaf pada pembaca dan warga BKS kerana agak lambat mengemaskini blog ini kerana atas sebab-sebab yang kadang kala tidak dapat dielakkan. SELAMAT BERPUASA di ucapkan walaupun sekarang sudah mula boleh untuk mengucap kan SELAMAT HARI RAYA...hehehe

Buletin BKS!!!


Buat kali pertama BKS mengeluarkan buletin pertama bagi volume 1 untuk bulan April, Mei dan Jun 2010.

Monday, July 12, 2010

HARI KELUARGA BKS DI PORT DICKSON

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam bermula pada 3 Julai dan berakhir pada 4 Julai lalu, dimulakan dengan perjalanan dari Wisma Sri Bentong tepat jam 10:00 pagi. 2 Buah bas disediakan kepada peserta yang mahu menaiki bas manakala peserta selebihnya memilih untuk memandu sendiri ke Port Dickson.


Setibanya kami di resort pada pukul 2:35 petang, kami check in. Pada sebelah petangnya pula, acara aktiviti bebas bersama dengan keluarga masing-masing. Dari situlah kami dapat mengenali keluarga antara satu sama lain. Kebanyakan dari kami banyak menghabiskan masa dengan beriadah di sekitar resort. Ada yang bersiar-siar dan ramai juga yang mengambil kesempatan melayan anak-anak mandi kolam.


Pada sebelah malamnya, satu majlis makan malam yang gilang-gemilang telah diadakan. Hadirin tiba pada pukul 7:45 malam dengan diiringi oleh muzik dan red carpet telah terbentang kepada hadirin untuk berjalan di situ sambil mengayakan pakaian masing-masing dengan gaya yang tersendiri.


Sebelum menjamu selera, majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan dari penyelaras program Encik Faizal Bin Jaafar diikuti sedikit ucapan daripada Pegawai Daerah YH Dato’ Toantowee Bin Mohd Lotfie selaku pengerusi BKS. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam sebelum disambung semula dengan pertandingan karaoke dan diselang-selikan dengan acara cabutan nombor bertuah. Antara peserta karaoke yang mengambil bahagian ialah Syahrul Subian, Syahrul Hafis, Asnida, Nasir, Ron Asreen, Mokhtar, Khalil Mazlan dan Mohamad. Hadirin turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Encik Faizal Bin Jaafar di atas permintaan ramai warga BKS.


Para hadirin dikejutkan pula dengan anugerah peserta paling bergaya pada malam kemuncak majlis tersebut. Kategori lelaki dimenangi Encik Shahrul Hafis yang segak mengenakan sut serba putih dan diserikan dengan sekuntum bunga diselit di dadanya. Kategori wanita dimenangi Pn Noriani Ishak dengan anggun menggayakan persalinan serba hijau.


Pada sebelah paginya, acara sukaneka telah dijalankan. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari dalam guni, lari ikat kaki, terompah gergasi, tiup belon sampai pecah, dan sebagainya. Dato DO tidak ketinggalan menyertai acara-acara yang dipertandingkan memeriahkan lagi acara sukaneka pada pagi itu. Acara paling gamat ialah acara tarik tali kerana pemain dan penyokong kumpulan begitu bersemangat dalam mendapatkan kemenangan bagi kumpulan mereka.


Selesai acara sukaneka, hadiah disampaikan kepada pemenang dan diadakan sesi bergambar beramai-ramai. Tamatlah acara program sepanjang 2 hari ini. Selepas makan tengahari, kami check out dan menuju kenderaan masing-masing untuk pulang ke Bentong.


Dipetik dari Coretan Hari Keluarga BKS PDT BENTONG - Buletin BKS Vol 1 - April, Mei, Jun 2010, Teks oleh IDA.

Friday, June 18, 2010

Majlis Jamuan Sempena Penganugerahan Sijil 5S

Pada sebelah malamnya selepas solat magrib dan isyak secara berjemaah, majlis jamuan dimulakan. Haji Shofian bertugas selaku juruacara pada malam itu. Sambutan agak menggalakkan dengan kehadiran warga BKS PDT Bentong bersama ahli keluarga masing-masing.
Haji Shofian memulakan acara

Antara Orang Kuat 5S - Encik Hafizi

Ida dan anak...anak Puan Seri la...

Dato' Toantowee menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada warga kerja PDT Bentong serta mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga staff

Tunggu makanan. Dari kiri : Zack, Adzhari, Khalil dan Irman

Soundman dari Jabatan Penerangan - Encik Lan

Amir, Suharizan dan Ron

Adi Ikhsan bersama keluarga

Abang Cik(Azmirizan) dah macam makan pengantin!!!

Puan Seri dan isteri Encik Azman Khatib

Dol, Mat, Qabas dan Cici - semua nama glamer!!!

Pn Atiqah senyum sambil makan ;-)

Encik Baha, Puan Ani dan anak-anak

Thursday, June 17, 2010

Gotong Royong Majlis Jamuan 5S

Tarikh : 17 Jun 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong
Masa : 7 am - 6 pm

Majlis Jamuan Sempena Memperolehi Sijil Pelaksanaan 5S telah diadakan secara gotong royong melibatkan semua warga PDT Bentong. Bermula seawal 7 pagi, beberapa rakan kita telah ke Karak untuk melakukan tugas berkaitan penyembelihan dan melapah lembu. Penyembelihan telah dilakukan oleh Saudara Khairi Daud dengan dibantu Hashim Daud, Hj Shofian, Hazizullah, Azrul, Khairullah dan beberapa rakan lagi. Turut disumbangkan oleh saudara Khairi Daud ialah seekor kambing untuk hidangan makan tengahari.




Menanti di perkarangan PDT Bentong, sahabat-sahabat BKS telah bersedia dengan pisau dan parang untuk tujuan memotong daging.



Di rumah puspanita, kaum ibu menyediakan hidangan makan tengahari melihatkan Pn. Mimi, Pn Adibahton, Pn Noraini Muhamad, Pn Noraini Ishak dan beberapa warga BKS lagi mempamerkan skill memasak masing-masing.;-)




Tugas memasak di galas oleh Encik Khamis manakala CC Sahar dipertanggungjawapkan untuk mengepalai 'geng masak' untuk majlis makan malam tersebut.

Istimewa...Ramli Daud dengan kemahiran membuat capati. Turut dihidangkan pada majlis tersebut kepada tetamu.

Majlis Jamuan Sempena Memperolehi Sijil Pelaksanaan 5S

Tarikh : 17 Jun 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat Daerah Dan Bentong
Masa : 7.00 Petang
Turut Mengundang : Seisi Keluarga Ahli BKS

Wednesday, June 16, 2010

Mesyuarat Agung BKS Kali Ke-23

Badan Kebajikan dan Sukan(BKS) Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong telah menjalankan Mesyuarat Agong bagi kali ke-23 Tahun 2010 pada 16 Jun 2010, 3.00 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong. Berbagai perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini bertujuan untuk menjadikan Kelab ini lebih berfungsi dengan penglibatan semua ahli.

Selain itu turut di tekankan mengenai majlis gotong royong bagi Majlis Jamuan Sempena Memperolehi Sijil Pelaksanaan 5S di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong.