Wednesday, January 12, 2011

Gotong Royong Perdana 5S

Tempat Berkumpul : Perkarangan Wisma Sri Bentong
Tarikh : 14-01-2011
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Pakaian : Pakaian Sukan

ATURCARA
8.15 : Berkumpul di Perkarangan Wisma Sri Bentong
8.30 : Ucapan YH. Dato’ Pegawai Daerah
8.40 : Senamrobik
8.50 : Minum pagi
9.00 : Gotong Royong
12.00 : Rehat / Makan Tengahari

* Semua warga BKS dipelawa untuk sama-sama menyertai program ini.

Sunday, January 9, 2011

2011

Salam 1Malaysia...

last update : 24 Ogos 2010
Hampir 4 bulan blog ini tidak di kemaskini. MAAF!!!begitulah yang dapat di ucap kepada seluruh pembaca khasnya warga BKS PDT Bentong ini. Kekangan masa dan maklumat masih menjadi punca utama kelewatan ini. Ribuan ampun dipinta di atas kelewatan ini. Harapan untuk menjadikan Blog BKS PDT Bentong ini satu wadah titipan maklumat semasa ahli masih belum dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Meniti tahun baru 2011 ini, harapnya blog ini dapat memberikan 'sesuatu' kepada pembaca khasnya warga BKS PDT Bentong. Jadi sokongan dari seluruh warga amat kami di pihak blog ini hargai. Tahun baru, semangat baru malah perubahan baru ke arah kebaikan perlu sama-sama kita laksanakan tidak kira dalam apa juga aspek yang kita terlibat. Tidak lupa tahun ini juga sebahagian unit di PDT Bentong akan berpindah ke bangunan tambahan BARU!!!

Sudah 12 hari kalendar tahunan kita memaparkan angka 2011 menggantikan angka 2010 yang baru kita tinggalkan. Jadi rasanya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pembaca blog ini. SELAMAT TAHUN BARU 2011

Buletin BKS Vol 2/2010

Buletin BKS Vol 2/2010 : Julai, Ogos & September

Buletin BKS Vol 2/2010 telah menemui pembaca pada pertengahan November 2010 lalu. Vol 3 masih dalam perancangan dan perbincangan sama ada untuk diteruskan seperti biasa ataupun memerlukan perubahan penambahbaikan. Jadi sabar menanti!!!;-) -ed