Sunday, January 9, 2011

2011

Salam 1Malaysia...

last update : 24 Ogos 2010
Hampir 4 bulan blog ini tidak di kemaskini. MAAF!!!begitulah yang dapat di ucap kepada seluruh pembaca khasnya warga BKS PDT Bentong ini. Kekangan masa dan maklumat masih menjadi punca utama kelewatan ini. Ribuan ampun dipinta di atas kelewatan ini. Harapan untuk menjadikan Blog BKS PDT Bentong ini satu wadah titipan maklumat semasa ahli masih belum dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Meniti tahun baru 2011 ini, harapnya blog ini dapat memberikan 'sesuatu' kepada pembaca khasnya warga BKS PDT Bentong. Jadi sokongan dari seluruh warga amat kami di pihak blog ini hargai. Tahun baru, semangat baru malah perubahan baru ke arah kebaikan perlu sama-sama kita laksanakan tidak kira dalam apa juga aspek yang kita terlibat. Tidak lupa tahun ini juga sebahagian unit di PDT Bentong akan berpindah ke bangunan tambahan BARU!!!

Sudah 12 hari kalendar tahunan kita memaparkan angka 2011 menggantikan angka 2010 yang baru kita tinggalkan. Jadi rasanya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pembaca blog ini. SELAMAT TAHUN BARU 2011

No comments:

Post a Comment